h1

2011hingga 2014

Disember 16, 2014

Asaalamualaikum.

setelah bertahun lamanya tidak mengaktifkan blog ini akhirnya kembali aktif. Hoho

banyak perkara yang berlaku dua ke tiga tahun ini. Oleh itu aku akan cuba mengaktifkan blog ini.

So aku listkan kat bawah ni apa yang terjadi sepanjang 2-3tahun ini

2011-2012:

  1. Aku Final year di Unisel and menghabiskan sisa hidup sebagai seorang student
  2. get my first job.

2012-2013:

1. Berkerja di Asia Assistance

2. Graduation day

3. Engagement day

2013-2014:

1.Mengakhiri zaman bujang

2. Isteri pregnent

3. Ke langkawi

2014:

1. Muhammad Hamzah dilahirkan.

2. Terus bekerja di asia assistance

Terus sucess….

h1

Novel: Salahudin Al-Ayubi : Penakluk Jerusalem

April 2, 2011

Dengan Nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha mengetahui.

Alhamdu Lillah, bersyukur ke hadratNya, atas limpah kurniaNya dan izinNya, berkat dan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, hikmah dan karamah kedua ibu bapa sekali lagi saya dapat membeli sebuah buku lagi yang bertajuk Salahudin Al-Ayubi: Penakluk Jerusalem.

Cover Depan

Sinopsis
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

Ulasan
Sebuah buku yang baik untuk dibaca dan memahami situasi peperangan dan strategi yang dibuat oleh Salahudin dalam mengambil semula Jerusalem dengan cara yang baik. Saya galakkan untuk peminat novel sejarah untuk membeli buku ini.

h1

Novel: Umar Al-Khatab: Reformis Dunia Islam

Mac 18, 2011

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdu Lillah , bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, berkat dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, hikmah dan karamah kedua ibu bapa kita, dapat saya berkongsi sekali lagi dengan para pengujung novel yang saya baca. Sewaktu saya membeli novel Muhammad Al-fateh, saya juga membeli sekali sebuah novel lagi yang bertajuk Umar Al-Khatab: Reformis Dunia Islam.

Cover Depan

Cover Depan

Sinopsis

Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penakluk, Khalifah Umar al-Khattab juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.
Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.
Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

diambil dari http://pts.com.my/index.php/buku/umar_al-khattab_reformis_dunia_islam/

Kesimpulan

Antara novel sejarah yang saya suka, dapat menambah lagi pengetahuan saya tentang khalifah Umar Al-Khatab dan susunan cerita yang baik dan ceritanya membuat kita perlu berfikir dan mengkaji lebih mendalam tentang sejarah yang khalifah ini.

h1

Novel: Ali B. Abi Talib: Mutiara Ilmu Islam

Mac 18, 2011

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Alhamdu Lillah , bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, berkat dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, hikmah dan karamah kedua ibu bapa kita,dapat lagi saya menyambung sedikit penulisan saya pada hari ini.

Setelah beberapa novel sejarah karangan Abdul Latip B. Talib, saya tertarik kepada novel Ali B. Ali Talib: Mutiara Ilmu Islam.

Cover Depan

Cover Depan

Sinopsis
Ali bin Abi Talib dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Usianya 31 lebih muda daripada Nabi Muhamrmad.lbunya Fatimah binti Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf daripada Bani Hasyim. Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
Nama asalnya Haidarah, Rasulullah memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab.

Ali bin Abi Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah. Beliau kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan bijaksana, penghafal Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato,seorang pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu.
Ali juga adalah pelopor ilmu taubid, ilmu mantiq, fiqih, ilmunahu dengan penulisan bahasa Arab.

Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al-khawarij dan Bani Umaiyah.
Syiah begitu menyanjung Ali bin Abi Talib. Al-Khawarij pula adalah mereka yang keluar dari kelompok Ali. Sehubungan itu Khalifab Ali bin Abi Talib pernah berkata, “Ada segolongan orang yang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka.Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka.”

Novel ini mencantumkan perca-perca kehidupan Saidina Ali bin Abi Talib sejak mula sehingga akhirnya.

diambil dari: http://pts.com.my/index.php/buku/ali_bin_abi_talib/

Kesimpulan

Pelbagai pengetahuan yang saya dapat dari novel ini dan begitu banyak kata-kata Khalifah Saidina Ali yang boleh kita kaji dan memahami maksud tersiratnya. Alhamdu Lillah. Sekian.

h1

Novel: Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstatinopel

Mac 18, 2011

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Alhamdu Lillah , bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, berkat dan syafaat Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, hikmah dan karamah kedua ibu bapa kita, dapat lagi saya menulis sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada saya untuk dikongsi kepada pengunjung. Setelah sekian lama tidak membaca novel kerana kesibukan dengan kerja dan assgment yang diberi, akhir2 ini saya mula mencari semula untuk menambah ilmu. Tertarik dengan sebuah buku karangan Abdul Latip B. Talib, seorang novelis sejarah yang bertajuk Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstatinopel .

Cover Depan (Edisi Jimat)

Cover Depan (Edisi Jimat)

Buku nih ada dua edisi satu edisi yang biasa dan lagi satu ada edisi jimat. Kandungan nya sama cuma edisi jimat ini lebih kecil dan harganya murah dalam RM15 sahaja.
Kesimpulan yang saya boleh buat pada novel ini, ceritanya disusun dengan baik dan dapat memahami jalan ceritanya dengan baik dan mudah. Novel ini memang sesuai bagi peminat2 sejarah untuk dijadikan bahan rujukan atau ilmiah.

h1

2011: Satu permulaan

Januari 15, 2011

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia dan inayahNya, Berkat dan syafaat junjungan Nabi Muhammad S.A.W, berkat guru-guru kita, hikmah dan karamah kedua ibu bapa kita dapat saya kembali berpeluang menulis semula di blog yang telah lama ditinggalkan.

Tahun 2011 sudah bermula, banyak kerja-kerja yang belum disiapkan pada tahun lepas di bawa ke tahun ini. 2011 ini adalah permulaan bagi saya untuk diberi lebih banyak tanggungjawab dan ujian-ujian yang ingin diberi olehNya.

Banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang tahun lepas, dan banyak juga dipelajari pada tahun lepas dan masih juga banyak benda yang baru yang perlu saya pelajari pada tahun ini dan masa2 mendatang.

Berdoa ke hadrat Ilahi agar diberi petunjuk kepada ku agar dapat menjalankan dan menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar dan murid dengan baik. InsyaAllah

h1

Unisel: Sambungan perjalanan yang belum tamat

Oktober 27, 2010

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani hamba-hambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda.

Tamat semester kali nih, masa untuk berehat dari study dan masa untuk mencari pengalaman dan mencari ilmu tambahan, sesungguhnya mencari ilmu itu wajib bagi orang islam. Cuti semster yang tidak terlalu panjang hanya 3 minggu membuatkan saya tidak tahu apa yang ingin dilakukan selain dari set up sound untuk studio dan jaga umah. Mungkin akan ada kerja2 tertentu tapi tak banyak seperti sehari-harian. Tahun depan akan bermula lembaran baru bagi pelajar Degree Level faculty of business di Shah Alam. Suasana yang baru, tiada enviroment campus,high spending cost(mungkin), traffic jam dan lain2 akan dirasai oleh kami. Kemungkinan besar kami akan dapat satu penyakit yang dipanggil culture & enviroment shock hahaha perbezaan yang agak ketara di shah alam dengan bestari jaya.
Tapi ada mungkin ada kebaikkan yang tersendiri, mungkin juga ada Dia ingin kita pergi ke tahap yang lain untuk di uji, banyak benda yang perlu dipelajari selain untuk avoid semua permasaalahan tadi. Mungkin ada hikmah disebaliknya , hanya Allah sahaja yang tahu.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.